Isnin, 14 Jun 2021

PROGRAM BULAN AKTIF PANITIA SAINS (SAINS STEM) TAHUN 2021

PROGRAM SAINS STEM, PANITIA SAINS, SK TAMAN KOSAS


PENGANJUR :
Panitia Sains Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Taman Kosas

TEMA/MOTO :
“Sains : Cuba dan Teroka”

TARIKH TUTUP SEMUA PERTANDINGAN :
16 JULAI 2021

Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti Bulan Aktif Panitia Sains (SAINS STEM), boleh berhubung dengan Cikgu Norazmi di talian 013-2795903

SENARAI AKTIVITI DAN PERTANDINGAN

1. Fotografi Alam Semulajadi (penyertaan individu, tahun 4 hingga 6)
2. Pertandingan Membina Jambatan 'Bridge Building Competition' (penyertaan berkumpulan 3 orang/individu, tahun 4 hingga 6)
3. Pertunjukan Bakat STEM 'STEM Talent Show' (penyertaan berkumpulan 2 orang/individu, tahun 4 hingga 6)
4. Cabaran Pengekodan STEM Junior 'Junior STEM Coding Challenge' (pernyertaan secara individu, tahun 4 hingga 6)
5. Peta i-Think Sains (penyertaan individu, tahun 1 hingga 6)
6. Poster Digital (penyertaan individu, tahun 2 hingga 6)
7. Bercerita STEM (penyertaan individu, tahun 2 hingga 6)
8. Teknologi Pelancaran Roket (penyertaan berkumpulan 2 orang/individu, tahun 4 hingga 6)

SYARAT - SYARAT AKTIVITI DAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi (penyertaan individu, tahun 4 hingga 6)
Syarat - syarat
i) FOKUS : meningkatkan  minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.
ii) TEMA : Kehidupan dan Alam Semula Jadi
iii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
iv) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja.
v) Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
vi) Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
vii) Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
viii) Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau kamera telefon bimbit.
ix) Namakan semula nama fail gambar mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Fotografi_Ali (5G) 
x) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan gambar ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

2. Pertandingan membina jambatan (‘Bridge Building Competition’) (penyertaan berkumpulan 3 orang/individu, tahun 4 hingga 6)
Syarat – syarat
i) FOKUS : Gabungan kreativiti, ilmu tentang rekabentuk, teori-teori fizik dalam asas pembinaan digunakan untuk menghasilkan reka bentuk jambatan yang paling kukuh.
ii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan 3 orang/individu).
iii) Spesifikasi jambatan : a. Panjang : 40cm–45cm, ii. Lebar : 5cm-10cm, iii. Tinggi : <40cm,  iv. Jarak tengah antara tiang di bawah jambatan 30cm, v. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 3–5cm, (lihat gambar rajah 1), vi. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate dan 7 batang sahaja untuk tulang pengikat (support) (lihat gambar rajah 2), vii. Tapak base juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah (lihat gambar rajah 3).

Gambar rajah 1

Gambar rajah 2

Gambar rajah 3

iv) Bahan dan peralatan yang dibenarkan : a. Gam perekat panas/gam air, b. Gunting, c. Pembaris, d. Pensel/pen, e. Marker pen, f. Playar pemotong, g. Kertas pasir, h. Pelapik pemotong, i. Sarung tangan, j. Kertas manila/kertas kosong, k. Lidi sate berukuran 46 cm, l. Benang putih tebal, m. Botol mineral 500 ml yang mengandungi air. 
v) Selepas membina jambatan, murid diminta untuk menguji daya ketahanan jambatan. Caranya dengan menyangkutkan botol mineral 1.5 L (berisi penuh dengan air) pada bawah jambatan; botol pertama 10 saat, botol kedua kedua 10 saat dan seterusnya sehingga botol yang keenam. 
vi) Rakamkan video (berdurasi kurang 3 minit) ujian jambatan tersebut.
vii) Peserta boleh merujuk pautan ini sebagai rujukan. 

 
viii) Namakan semula nama fail video mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Jambatan_Ali (5G) 
ix) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan video ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

3. Pertunjukan Bakat STEM (‘STEM Talent Show’) (penyertaan berkumpulan 2 orang murid/individu, tahun 4 hingga 6)
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Mencungkil bakat dan kreativiti murid menerangkan sesuatu konsep STEM secara kreatif, hands-on, praktikal, dan menyeronokkan.
ii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan 2 orang murid/individu)
iii) Persembahan hendaklah berunsurkan STEM dan menepati tema DSKP TAHUN 1 - 6 KSSR.
iv) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
v) Video persembahan berdurasi tidak melebihi 3 minit.
vi) Konsep persembahan : Drama muzikal, Drama, Bercerita, Demontrasi.
vii) Persembahan mengandungi 2 eksperimen mudah.
viii) Rakaman persembahan mengikut format berikut : a. dirakam langsung tanpa sebarang suntingan, b. Pandangan hadapan sahaja dan melintang (‘landscape’), c. Format fail : AVI, VLC, MOV, MP4
ix) Persembahan adalah asli dan ciptaan peserta sendiri.
x) Kriteria Pemarkahan : a. Pengetahuan, aplikasi, impak dan keaslian, b. Kreativiti dan inovasi, susun atur, kelancaran dan durasi, c. Bahasa dan pertuturan, ekspresi dan gaya, keyakinan dan nilai murni.
xi) Namakan semula nama fail video mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Bakat_Ali (5G) 
xi) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan video ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

4. Cabaran Pengekodan STEM Junior (‘Junior STEM Coding Challenge’) (penyertaan individu, tahun 4 hingga 6)
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid  bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik.
ii) Tema : Projek SCRATCH Pertama Saya
iii) Perisian : Scratch 2.0 or 3.0 (disarankan menggunakan SCRATCH 3.0 dalam talian)
iv) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
v) Rujuk video tutorial yang diberikan sebagai pengenalan kepada SCRATCH


vi) Hasilkan projek SCRATCH sepertimana yang ditunjukkan dalam video ‘Permainan Menangkap Buah Epal’. 
Membuat projek SCRATCH pertama saya : Permainan Menangkap Buah Epal

vii) Sila hantar projek SCRATCH anda dengan mengikuti langkah – langkah dalam video ini. Sila ikuti langkah – langkah penting dari minit ke 0:00 hingga minit ke 2:00. Cara muatturun projek scratch ke dalam komputer.

ix) Namakan semula nama fail scratch mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Scratch permainan buah epal_Ali (5G) 
xi) Peserta perlu menghantar penyertaaan (fail scratch.sb3) ke email sktkpanitiasains@gmail.com. Sila pada bahagian ‘subject’ SCRATCH PERMAINAN BUAH EPAL_NAMA ANDA (KELAS).

5. Pertandingan Peta iThink Sains (penyertaan individu, tahun 1 hingga 6)

Contoh Peta Pemikiran


Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : Memastikan kefahaman murid tentang maklumat sains, Penghasilan Peta i-Think secara digital, Peta i-THINK berdasarkan topik–topik sains dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Hasil Peta iThink : dalam satu mukasurat bersaiz A4, menggunakan mana-mana perisian yang sesuai, disimpan dalam format JPEG/PNG/PDF.
v) Peta iThink adalah asli dan ciptaan sendiri.
vi) Tuliskan nama dan kelas pada bahagian atas sebelah kanan muka surat.
vii) Kriteria Penilaian : Kandungan (isi kandungan, istilah, fakta), Keaslian (ciptaan sendiri), Penggunaan peta pemikiran dan grafik (jenis peta pemikiran dan grafik yang sesuai), Susun atur dan ejaan (susun atur grafik, jenis tulisan, saiz tulisan), Kreativiti (warna dan tulisan yang sesuai).
viii) Peserta boleh rujuk pautan ini sebagai rujukan. Apa itu peta pemikiran iThink
ix) Namakan semula nama fail PDF mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : petaithink_Ali (5G) 
x) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan fail ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

6. Poster Digital (penyertaan individu, tahun 2 hingga 6)


Ihsan : pinterest.com



Ihsan : verst.com.my

Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Hasil Poster : dalam satu mukasurat bersaiz A4, berorientasi landscape atau potret, menggunakan mana-mana perisian yang sesuai, disimpan dalam format JPEG/PNG/PDF.
v) Poster adalah asli dan ciptaan sendiri.
vi) Tuliskan nama dan kelas pada bahagian atas sebelah kanan poster.
vii) Kriteria Penilaian : a. Persembahan dan reka bentuk, b. ketepatan tema.
viii) Tema penghasilan poster : Kekal Sihat, Kekal Bahagia (‘Stay Healthy Stay Happy’), Sayangi Alam Sekitar (‘Caring fo the Environment’), Amalan Hijau Selamatkan Bumi (‘Go Green Save the Planet’), Katakan Tidak Kepada Plastik (‘Say No to Plastics’), Spesies Terancam : Jangan Biarkan Ianya Pupus (‘Endangered Species : Don’t Let Them Disappear’).
ix) Namakan semula nama fail mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Poster_Ali (5G) 
x) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan fail ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

7. Bercerita STEM (penyertaan individu, tahun 2 hingga 6)
Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : Bercerita berdasarkan topik–topik sains dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Persembahan : video berdurasi antara 3 - 4 minit.
v) Video dalam format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
vi) Peserta hanya menyebut nama dan tajuk cerita sahaja di dalam video tersebut.
vii) Cerita perlulah cerita yang asli dan ciptaan sendiri.
viii) Kriteria penilaian : a. Isi, fakta sains dan pengolahan, b. Persembahan, c. Bahasa dan pertuturan, Kreativiti, Pakaian.
ix) Peserta boleh rujuk pautan ini sebagai rujukan. Cerita Pak Beruang
x) Namakan semula nama fail video mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Bercerita_Ali (5G) 
xi) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan video ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

8. Pertandingan Roket Air/Teknologi Pelancaran Roket (penyertaan secara berkumpulan 2 orang/individu, tahun 4 hingga 6)
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Memperkenalkan teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai ilmu sains angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
ii) Kategori : Roket Payung Terjun.
iii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan 2 orang murid/individu).
iv) Bahan dan peralatan : a. Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan bahan utama pembinaan sebuah model roket air, b. Peralatan pembuatan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.
v) Pembinaan roket : a. Spesifikasi Model Roket Payung Terjun mengikut standard kebangsaan, b. Setiap model roket air harus dibina oleh peserta itu sendiri, c. Setiap komponen utama model roket air perlu dibina dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. 
vi) Peserta boleh merujuk pautan ini sebagai rujukan. Sila tonton video dari minit ke 0:00 hingga minit ke 6:45. Cara – cara buat roket payung terjun
vii) Peserta hanya perlu menghantar gambar roket dan video pelancaran roket (dengan cara membaling ke atas atau melepaskan dari tempat yang tinggi). Video pelancaran hanya berdurasi tidak lebih 3 minit.
viii) Namakan semula nama fail gambar dan video mengikut format : nama projek_nama (kelas). Contoh : Roket_Ali (5G) 
ix)) Peserta perlu menghantar (whatsapp) penyertaaan dan video ke nombor 0132795903. Untuk makluman Cikgu Azmi.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua.

Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
 
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
 
Terima kasih atas sokongan semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains SK Taman Kosas. Semua guru SK Taman Kosas yang terlibat. Tidak dilupakan kepada semua murid yang menyertai program ini khasnya, murid - murid SK Taman Kosas amnya.

1 ulasan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H / 2025M

Salam Aidilfitri daripada kami... Panitia Sains Cemerlang, SK Taman Kosas "MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"