Mei –
September 2021
PERTANDINGAN STEM
SECARA UMUMNYA, 4 JENIS PERTANDINGAN
A. KARNIVAL STEM
1. Pertandingan Inovasi STEM (**tiada maklumat)
2. Fotografi Alam Semulajadi (1 penyertaan, tahun 4 hingga 6)
3. Bridge Building Competition (berkumpulan 3 orang, tahun 4 hingga 6)
4. STEM Talent Show (berkumpulan 2 orang, tahun 4 hingga 6)
5. Junior STEM Coding Challenge (berkumpulan 2-3 orang, tahun 4 hingga 6)
B. STEM ONLINE CHALLENGE
1. Peta i-Think Sains (1 penyertaan, tahun 4 hingga 6)
2. Poster Digital (1 penyertaan, tahun 4 hingga 6)
3. Bercerita STEM (1 penyertaan, tahun 4 hingga 6)
4. Maths Online Quiz (5 orang peserta, tahun 5 dan 6)
C. ENGINEERING ONLINE CHALLENGE
1. Teknologi Pelancaran Roket (berkumpulan 2 orang, tahun 4 hingga 6)
D. ONLINE NATIONAL ROBOTIC CHALLENGE
(**kurang maklumat)
Terbahagi kepada 2 : Online dan Virtual
1. ONLINE
1.a. Kategori Regular; Tema : Energy at Home (7-12 tahun)
1.b. Kategori Open; Tema : Powerbots the Future of future (7-12 tahun)
1.c. Kategori WeDo Regular; Tema : Forest Fire Rescue (7-9 tahun)
1.d. Kategori Rekacipta dan Inovasi STEM; Tema : Great Ball Contraption (10-12 tahun)
2. VIRTUAL
2.a. VNRC-WORLD ROBOTIC OLYMPIAD (WRO); Sekolah Rendah (7-12 tahun), Energy at Home
2.b. VNRC-ROBOT VIRTUAL GAMES(RVG); Sekolah Rendah (7-12 tahun), Vertical Farming
Pautan Penting!!!
Pautan STEM/Pautan kepada Kertas Konsep STEM 2021; Kertas Konsep STEM
Pautan kepada Borang Pendaftaran Program Koakademik (One Stop Registration) AKSES MELALUI AKAUN DELIMA, KPM SAHAJA; Pendaftaran STEM
Pautan kepada Buku Pengurusan Program Koakademik Bahasa & STEM 2021; Buku Pengurusan STEM
Tarikh – tarikh pelaksanaan (dari peringkat sekolah hingga peringkat kebangsaan)
A. KARNIVAL STEM
Pendaftaran 8 Jun 2021 sehingga 18 Ogos 2021, Peringkat Negeri 1-3 Sept 2021, Peringkat Kebangsaan 22-25 Nov 2021
B. STEM ONLINE CHALLENGE
Pendaftaran 8 Jun 2021 sehingga 01 September 2021, Peringkat Negeri 1-3 Sept 2021, Peringkat Kebangsaan 4-7 Okt 2021
C. ENGINEERING ONLINE CHALLENGE
Pendaftaran 8 Jun 2021 sehingga 01 September 2021, Peringkat Negeri 8-10 Sept 2021, Peringkat Kebangsaan akan dimaklumkan oleh BSKK
D. ONLINE NATIONAL ROBOTIC CHALLENGE
Pendaftaran melalui laman web NRC, tarikh tutup ditentukan oleh pihak Sasbadi, Peringkat Negeri 16-18 Ogos 2021, Peringkat Kebangsaan 6-9 Sept 2021
PENERANGAN RINGKAS
PERTANDINGAN STEM
A. KARNIVAL STEM
1. Pertandingan Inovasi STEM
-Tiada maklumat
2. Fotografi Alam Semulajadi
Syarat - syarat
i) FOKUS : meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.
ii) TEMA : Kehidupan dan Alam Semula Jadi
iii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
iv) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja.
v) Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
vi) Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
vii) Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
viii) Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau kamera telefon bimbit.
3. Bridge Building Competition
Syarat – syarat
i) FOKUS : Gabungan kreativiti, ilmu tentang rekabentuk, teori-teori fizik dalam asas pembinaan digunakan untuk menghasilkan reka bentuk jambatan yang paling kukuh.
ii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan).
iii) Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid.
4. STEM Talent Show
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Mencungkil bakat dan kreativiti murid menerangkan sesuatu konsep STEM secara kreatif, hands-on, praktikal, dan menyeronokkan.
ii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan terdiri daripada 2 orang murid)
iii) Persembahan hendaklah berunsurkan STEM dan menepati tema DSKP TAHUN 1 - 6 KSSR.
iv) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
v) Video persembahan berdurasi tidak melebihi 5minit.
vi) Konsep persembahan : Drama muzikal, Drama, Bercerita, Demontrasi (boleh lebih dari satu konsep persembahan)
vii) Persembahan mengandungi 2 demonstrasi.
viii) Rakaman persembahan mengikut format berikut : a. dirakam langsung tanpa sebarang suntingan, b. Pandangan hadapan sahaja dan melintang (‘landscape’), c. Format fail : AVI, VLC, MOV, MP4
ix) Persembahan adalah asli dan ciptaan peserta sendiri.
x) Kriteria Pemarkahan : a. Pengetahuan, aplikasi, impak dan keaslian, b. Kreativiti dan inovasi, susun atur, kelancaran dan durasi, c. Bahasa dan pertuturan, ekspresi dan gaya, keyakinan dan nilai murni.
5. Junior STEM Coding Challenge
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik.
ii) Tema : STEM Adventures Game
iii) Perisian : Scratch 2.0 or 3.0
iv) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan 2-3 orang/individu).
B. STEM ONLINE CHALLENGE
1. Peta i-Think Sains
Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : Memastikan kefahaman murid tentang maklumat sains, Penghasilan Peta i-Think secara digital, Peta i-THINK berdasarkan topik–topik sains dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Hasil Peta iThink : dalam satu mukasurat bersaiz A4, menggunakan mana-mana perisian yang sesuai, disimpan dalam format JPEG/PNG/PDF.
v) Peta iThink adalah asli dan ciptaan sendiri.
vi) Tuliskan nama dan kelas sahaja pada peta iThink yang dihasilkan.
vii) Kriteria Penilaian : Kandungan (isi kandungan, istilah, fakta), Keaslian (ciptaan sendiri), Penggunaan peta pemikiran dan grafik (jenis peta pemikiran dan grafik yang sesuai), Susun atur dan ejaan (susun atur grafik, jenis tulisan, saiz tulisan), Kreativiti (warna dan tulisan yang sesuai).
2. Poster Digital
Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Hasil Poster : dalam satu mukasurat bersaiz A4, berorientasi landscape atau potret, menggunakan mana-mana perisian yang sesuai, disimpan dalam format JPEG/PNG/PDF.
v) Poster adalah asli dan ciptaan sendiri.
vi) Tuliskan nama dan kelas sahaja pada poster yang dihasilkan.
vii) Kriteria Penilaian : a. Persembahan dan reka bentuk, b. ketepatan tema.
viii) Tema penghasilan poster : Kekal Sihat, Kekal Bahagia (‘Stay Healthy Stay Happy’), Sayangi Alam Sekitar (‘Caring fo the Environment’), Amalan Hijau Selamatkan Bumi (‘Go Green Save the Planet’), Katakan Tidak Kepada Plastik (‘Say No to Plastics’), Spesies Terancam : Jangan Biarkan Ianya Pupus (‘Endangered Species : Don’t Let Them Disappear’).
3. Bercerita STEM
Syarat – syarat :
i) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara individu).
ii) FOKUS : Bercerita berdasarkan topik–topik sains dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
iii) Boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv) Persembahan : video berdurasi antara 3 - 4 minit.
v) Video dalam format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
vi) Peserta hanya menyebut nama dan tajuk cerita sahaja di dalam video tersebut.
vii) Cerita perlulah cerita yang asli dan ciptaan sendiri.
viii) Peserta perlu menulis dan menyediakan skrip mengikut format seperti berikut : Tajuk (Huruf Besar), Font Arial saiz 12, Langkau dua baris, menggunakan words/pdf.
ix) Kriteria penilaian : a. Isi, fakta sains dan pengolahan, b. Persembahan, c. Bahasa dan pertuturan, Kreativiti, Pakaian.
4. Maths Online Quiz
Syarat – syarat :
i) Menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
ii) Soalan – soalan matematik di luar sukatan DSKP.
iii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 5 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan 5 orang murid sahaja).
iv) Peserta perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan.
v) Terdapat 24 soalan yang disusun mengikut tahap kesukaran dalam tiga bahagian – Bahagian A, B dan C.
vi) Hanya alat menulis dan melukis dibenarkan dalam pertandingan ini. Penggunaan kalkulator dan buku sifir tidak dibenarkan.
vii) Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kuiz berkenaan adalah selama 1 jam 30 minit sahaja.
C. ENGINEERING ONLINE CHALLENGE
1. Teknologi Pelancaran Roket
Syarat – syarat :
i) FOKUS : Memperkenalkan teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai ilmu sains angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
ii) Kategori : Roket Payung Terjun.
iii) TERBUKA kepada murid-murid TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SAHAJA (penyertaan secara berkumpulan 2 orang peserta).
iv) Bahan dan peralatan : a. Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan bahan utama pembinaan sebuah model roket air, b. Peralatan pembuatan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.
D. ONLINE NATIONAL ROBOTIC CHALLENGE
-Tiada maklumat
*Pertandingan dikelolakan oleh pihak Sasbadi
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua.
Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
SK Taman Kosas
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
Terima kasih atas sokongan
semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains SK Taman Kosas. Semua
guru SK Taman Kosas yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan