Rasa sangat – sangat bersyukur, kerna buat pertama kalinya SEKOSAS menghantar peserta ke pertandingan ini.
Satu projek yang mendapat kerjasama terbaik daripada ibu bapa para peserta. Kita mendapat 110% komitmen para ibu bapa.
Dicetuskan oleh pertanyaan seorang bapa kepada salah seorang peserta. Seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap lego. “Cikgu, tahun ni cikgu tak nak join Legoland School Challenge ker”.
Ini satu benda baharu bagi sekolah amnya dan guru pembimbing khususnya. Pencarian peserta melalui aplikasi whastapp dan berjaya membentuk bukan 1 malah 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang peserta setiap kumpulan. 2 kumpulan tahap 2 dan 1 kumpulan tahap 1.
Meet buat pertama kali diadakan pada 4 Jun 2025, jam 8.45 mlm. ‘Go through’ dan memahami kertas konsep serta syarat pertandingan.
Pencarian peserta melalui aplikasi whatsapp, pembahagian peserta mengikut kumpulan, perbincangan nama kumpulan dan pemilihan tajuk binaan selari dengan tema pertandingan iaitu “Build Your Dream Destination”.
Langkah mendaftarkan peserta menerusi link diberikan mengambil tempat. Pada 10 Jun 2025, semua kumpulan telah berjaya didaftarkan sebagai peserta pertandingan. Alhamdulillah.
Perjumpaan bersama para peserta sebanyak 2 kali iaitu pada 10 Jun 2025 dan 12 Jun 2025. Mereka semua teruja dengan lego.
-----
Pertandingan Legoland School Challenge
Tema : ‘Build Your Dream Destination’
(‘From magical islands and futuristic cities to hidden jungle escapes’)
Kategori umur : 10-12 thn
Nama kumpulan : SEKOSAS BRICK BUILDERS (GROUP 1)
1.Nur Izara Sofea binti Mohd Firdaus (5 Harmoni) Ketua Kumpulan
2.Syasya Nurhana binti Mohd.Hanipiah (5 Gigih)
3.Ayesha Rania binti Sahruljunaini (5 Gigih)
Kategori umur : 10-12 thn
Nama kumpulan : SEKOSAS BLOCK BUSTERS (GROUP 2)
1.Muhammad Mishary Rizqy bin Ahmad Shukri (6 Amanah) Ketua Kumpulan
2.Khaleef Arsyad bin Khaidhir Az-Harr (5 Cekal)
3.Aqilah Arfa Zaina binti Nur Rahim (5 Dedikasi)
Kategori umur : 7-9 thn
Nama Kumpulan : SEKOSAS BRICK BLOCK JUNIOR (GROUP 3)
1.Faliq Umar Aisar bin Nur Rahim (2 Cekal) Ketua Kumpulan
2.Muhammad Hayyan Al Fateh bin Muhamad Haslizam (2 Cekal)
3.Nuha Nurain binti Norazmi (3 Efisien)
-----
Perjumpaan kali kedua secara fizikal telah diadakan pada 23 Jun 2025 di rumah Encik Firdaus (bapa kepada peserta Nur Izara Sofea) yang mempunyai minat mendalam terhadap lego. Pemahaman setiap peserta dan ibu bapa, apa yang perlu dibina agar menepati tema pertandingan.
Perkongsian contoh – contoh binaan, perjumpaan demi perjumpaan dan aktiviti membina terus berlaku di rumah peserta masing – masing dan ada juga yang menjadikan rumah sebagai markas membina.Semuanya berlaku secara harmoni. Terus membuktikan komitmen tinggi para peserta dan ibu bapa untuk ‘kasi jadi’ projek ini.
Sehingga momen berkumpul di sekolah, pengambilan gambar dan video bagi tujuan penghantaran hasil berakhir pada atau sebelum 10 Ogos 2025.
GB Tuan Ismadi terus teruja dengan lego yang terhasil. Beliau sangat kagum dengan semangat dan komitmen 110% yang ditunjukkan oleh para peserta dan ibu bapa. Beliau mengucapkan selamat maju jaya.
Studi tentang langkah – langkah penghantaran. Peringatan diberikan kepada para peserta dan para ibu bapa tentang tarikh penghantaran iaitu pada 18 Julai 2025 – 10 Ogos 2025 sebelum jam 6.00 ptg. Kita kejar ‘dateline’.
Penghantaran hasil (penerangan, gambar dan video) telah dibuat antara 6-8 Ogos 2025. Sama – sama kita doakan agar anak -anak ini diberikan kejayaan Insyaallah.
“Semua penghantaran selesai pada tarikh 080825 Hari Jumaat masa Jam1455...”
“Now what we have to do is pray dan tawakkal... Anak - anak dan para ibu bapa telah memberikan komitmen terbaik padu cemerlang bermula dgn 'whatsapp group' created pada 27 May 2025.... Tahniah semua.”
Panitia Sains Cemerlang, SK
Taman Kosas
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"




.jpeg)

.jpeg)


Semoga teus maju jaya. Kipidap. Dan tq kpd semua ibubapa dan murid yg terlibat. Tak lupa pd ckg azmi yg menguruskan urusan ini. Tahniah. Semoga ada kemenangan buat sekosas
BalasPadam