Khamis, 28 Ogos 2025

MYMOBILE PLANETARIUM DI SK TAMAN KOSAS

Bermula promosi pada 14 Julai 2025, hari ini ia terjadi. Berlangsung selama 2 hari pada 26-27 Ogos 2025 di SEKOSAS. Juga sebagai permulaan, program Bulan Aktif Panitia Sains pada September 2025.

Keterujaan warga SEKOSAS melihat ‘Dome’ @ kubah yang diletakkan di tengah – tengah dataran berbumbung. Persoalan? Apakah yang ada di dalamnya.

Ilmu ada di mana – mana dan salah satunya cara menyampaikan ilmu ialah pembelajaran di luar bilik. Pengalaman menjadi jambatan untuk memahami sesuatu ilmu sains melibatkan alam semesta.


-Catatan whatsapp-
Semuanya lancar, mantap, teratur dan tertib. 
Alhamdulillah, tiada ungkapan sehebat itu untuk melahirkan rasa syukur di atas kelancaran program ini.
Menafikan tidak sama sekali, KEBERSAMAAN warga SEKOSAS, kunci program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Katalis utama, Guru Besar Tuan Muhammad Ismadi, sokongan barisan pentadbir dan para guru, setinggi – tinggi penghargaan kami ucapkan.

Kepada barisan guru Sains, anda sentiasa memberikan yang terbaik. Tahniah dan syabas. 

Hanya Yang Maha Esa sangat sangat sempurna, maaf dipinta jika ada kurang tolak di sini – sana.

Ambil Tahu dan Bersungguh Untuk Lakukan Yang Terbaik’, peduli kita, usaha kita, laksana kita untuk melihat anak – anak SEKOSAS diberikan yang terbaik untuk mereka memanjat tangga kejayaan menuju Kejora.

InsyaAllah, kita doakan akan ada lagi projek seumpama ini pada masa akan datang.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

#DemiSekosas





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEBAHAN: DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM & MODUL BIMBINGAN SAINS

PENATARAN DPK EDISI 3 (SAINS) (Youtube) Tahun 1   SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 Tahun 2 SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 Tahun 3 SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 PENATARAN M...