Jumaat, 30 April 2021

Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2021 - Senior

Program : Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2021
Kategori : Senior (10 – 12 tahun)
Tarikh : 27 April 2021 (Selasa)
Masa : 9.00 pg – 12.00 tgh

Pertandingan yang menguji pengetahuan sains dan kebolehan murid untuk menulis laporan yang kreatif. Berbeza dengan laporan yang ditulis dalam buku nota, murid perlu menulis laporan dalam bentuk peta i-think, komik, infografik yang menarik. Memang mencabar. 

Kali ini, pada peringkat senior, SK Taman Kosas diwakili oleh 14 orang murid tahun 4, 5 dan 6. Melaksanakan eksperimen dengan penuh khusyuk dan bersungguh – sungguh.


Persediaan dan sesi simulasi diadakan pada 23 April 2021. Pertandingan diadakan pada 27 April 2021 secara virtual (aplikasi zoom) dari jam 8.30 pg hingga 12.30 tengah hari. Semoga berjaya dan dapat menempatkan diri dalam peringkat akhir nanti. InsyaAllah.

Buat 5 eksperimen dan kemudian pilih 1 untuk dibuat laporan. Dengan tema letusan gunung berapi, kit yang dibekalkan sungguh menarik.





Keterujaan menjalankan eksperimen

Terima kasih atas sokongan semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains SK Taman Kosas khususnya dan warga SK TK amnya.

Barisan guru pembimbing cikgu Rasyedi dan Cikgu Noraini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H / 2025M

Salam Aidilfitri daripada kami... Panitia Sains Cemerlang, SK Taman Kosas "MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"