Panitia Sains, Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor
Sabtu, 13 September 2025
SAINS - BUKU TEKS Oh BUKU TEKS MAYA (KSSR SEMAKAN 2017)
Selasa, 9 September 2025
BULAN AKTIF PANITIA SAINS 2025, SK TAMAN KOSAS
‘Alhamdulillah... Terima kasih kpd semua guru sains... lagi satu pengalaman terpahat di minda anak anak SEKOSAS... Demi Sekosas.’
Hari ini Program Bulan Aktif Panitia Sains 2025 diluncurkan secara rasmi oleh Tuan Guru Besar, Encik Muhamad Ismadi bin Hj Damsuki.
Pra program berlangsung dengan adanya kehadiran MyMobile Planetrium ke sekolah pada 26-27 Ogos 2025.
Berkolaborasi dengan Panitia Matematik saban tahun. Ditetapkan pada setiap tahun bulan September.
Tahun ini perasmian kita main api (kredit kepada Cikgu Azma yang mencetuskan idea). Rasa sangsi dan was – was, tapi setelah ada ‘ilmu’ dan membuat ‘test drive’, Alhamdulillah kita berjaya tontonkan sesuatu yang luar biasa dan jarang – jarang dilakukan. Semua teruja. Tolong – menolong antara satu sama lain dan kebersamaan menjadi kunci utama apa yang dirancang, InsyaAllah akan boleh kita laksanakan. Dengan semangat satu keluarga ‘Demi Sekosas’ kita kasi bikin jadi persembahan api ini.
Cikgu Aisyah dan Kak Naaimah yang menjalankan tugas yang sangat cemerlang sebagai pengacara. Cikgu Rasyedi yang ‘cool’ sentiasa memastikan bunyi dan lagu ikut mood program. Cikgu Aini, takut – takut nak main api tetapi merakam setiap detik apa yang berlaku pada hari ini agar menjadi ingatan. Oh ya... tidak dilupakan Kak Mazriza yang tiada pada hari ini yang sama – sama menyumbang ‘hadiah’ untuk anak – anak Sekosas.
Idea payung terjun daripada Puan Aini dan Pilot Kak Haslili yang membawa ‘kapal terbang’ memastikan penerjun dilepaskan ke sasaran. Serta Cikgu Hayatul yang gigih ‘menjahit’ payung terjun.
Tapi yang pasti, anak – anak Sekosas terhibur dan teruja dengan api dan gembira serta suka apabila 10 orang murid terpilih (sesi pagi) yang lahir pada bulan September mendapat ‘hadiah’ yang tidak disangka – sangka. Sesi petang pula, bertuah seramai 7 orang murid mendapat ‘duit belanja’ tambahan hari ini.
Ini antara peluncuran (dulu dipanggil pelancaran / perasmian) Bulan Aktif yang sangat ‘happening’. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru – guru Sains yang hebat dan Matematik yang cemerlang.
+++++++++++++++
Katalis utama, Guru Besar Tuan Muhammad Ismadi, sokongan barisan pentadbir dan para guru, setinggi – tinggi penghargaan kami ucapkan.
Hanya Yang Maha Esa sangat sangat sempurna, maaf dipinta jika ada kurang tolak di sini – sana.
‘Ambil Tahu dan Bersungguh Untuk Lakukan Yang Terbaik’, peduli kita, usaha kita, laksana kita untuk melihat anak – anak SEKOSAS diberikan yang terbaik untuk mereka memanjat tangga kejayaan menuju Kejora.
InsyaAllah, kita doakan akan berjumpa lagi pada program akan datang.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Syukur Alhamdulillah.
#DemiSekosas
Langgan:
Ulasan (Atom)
HEBAHAN: DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM & MODUL BIMBINGAN SAINS
PENATARAN DPK EDISI 3 (SAINS) (Youtube) Tahun 1 SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 Tahun 2 SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 Tahun 3 SIRI 1 SIRI 2 SIRI 3 PENATARAN M...
-
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS, AMPANG “BERILMU, BERDISPLIN, BERAMAL” Makluman kepada semua Ketua Panitia Nota : -Pihak PBS/PBD menyediakan ...
-
PBD AKHIR SESI AKADEMIK (ASA) TAHUN 2024-2025 (DISEMBER 2024) – ANALISIS DAN SLIP PELAPORAN INDIVIDUSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS, AMPANG “BERILMU, BERDISPLIN, BERAMAL” Nota : Boleh lihat dan muatturun di sini PBD Slip Pelaporan Individu ...
-
Mempersembahkan guru – guru Sains, SK Taman Kosas Panitia Sains Cemerlang, SK Taman Kosas "MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEM...




.jpeg)
.jpeg)


