Rabu, 15 Disember 2021

PdP Sains – Pendekatan/Strategi dan Aktiviti


Pendekatan PdP secara umum yang merangkumi Pendekatan Inkuiri/Inkuiri Penemuan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan Masalah, PdP menggunakan Kelestarian Global, PdP menggunakan Pendekatan Modular.
Bahan dan rujukan untuk pendekatan PdP secara umum, klik di sini.

Pembelajaran Bertema
Pendekatan tematik ialah satu pendekatan PdP yang akan diajarkan melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat dan minat bagi menggerakkan sesuatu proses PdP. Tema yang dipilih menjadi wahana dan medium kepada pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diterjemahkan dalam pengajaran bahasa melalui kemahiran  mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan bertema, sila klik pautan di bawah.

Pendekatan Modular
Pendekatan modular dalam PdP merupakan salah satu pendekatan yang membolehkan guru memilih dan menyusun atur tajuk-tajuk dan standard (SK/SP) mengikut kesesuaian. Pendekatan ini membolehkan pelbagai teknik dan kaedah dilaksanakan mengikut keupayaan murid dan situasi semasa.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan Modular, sila klik pautan di bawah.

Pembelajaran Berasaskan Projek
Project Based Learning adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan Pembelajaran berasaskan projek, sila klik pautan di bawah.

Pembelajaran Terbeza
Pedagogi berbeza merujuk kepada usaha untuk mempelbagaikan metadologi berdasarkan keperluan murid dan lingkungannya.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan Pembelajaran Terbeza, sila klik pautan di bawah.

Simulasi Amali
Murid akan menjalankan eksperimen berdasarkan manual dan video amali yang disediakan.  Amali maya ini hanya sebagai satu alternatif kepada amali sebenar.

Bahan dan rujukan untuk PdP Simulasi Amali, sila klik pautan di bawah.

STEM dalam PdP
Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains,  Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan STEM dalam PdP, sila klik pautan di bawah.

Pendekatan Inkuiri/Inkuiri Penemuan
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomen yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. 

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakn dalam semua situasi PdP. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan Inkuiri, sila klik pautan di bawah.

Kredit kepada :

Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur terpenting dalam konstruktivisme ialah :
- guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
- pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri
- pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baharu bagi menstrukturkan semula idea mereka
- murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi

Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses PdP.

Bahan dan rujukan untuk PdP Pendekatan Pembelajaran Masteri, sila klik pautan di bawah.

Kredit kepada :

Lain – lain pendekatan PdP : 
-Elemen Kreativiti dalam PdP... klik di sini
-Elemen Kelestarian Global dalam PdP... klik di sini
-Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi... klik di sini
-Pelaksanaan Pendidikan Kewangan... klik di sini
-Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan raya... klik di sini

Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"

 Terima kasih atas sokongan semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains Cemerlang, SK Taman Kosas.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H / 2025M

Salam Aidilfitri daripada kami... Panitia Sains Cemerlang, SK Taman Kosas "MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"