Sabtu, 29 Mei 2021

Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2021 – Peringkat Akhir (Syabas!)

Alhamdulillah. Marilah kita sama – sama doakan yang terbaik untuk 2 orang peserta SK Taman Kosas yang telah berjaya melalui peringkat Akhir, Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2021.


Pertandingan yang telah berlangsung pada 29 Mei 2021 (Sabtu) di mana kategori senior diadakan pada sebelah pagi 9.00 pg hingga 12.00 tgh (3 jam) manakala kategori junior berlangsung pada sesi petang dari jam 2.00 ptg – 5.00 ptg.
 
Tema Eksperimen bagi kategori senior ialah ‘pendulum dan pelanggaran’ manakala tema eksperimen bagi kategori junior ialah ‘tidak bercampur minyak dan air’  
 
Semoga ...

1. Adib Iqbal bin Adli Zaid @ Abdul Razak (6 Cekal) 
 Kategori senior (10 - 12 tahun)


dan,
 
1. Nafis Noriman bin Norazmi (3 Budiman)
Kategori junior (7 – 9 tahun)



dikurniakan kejayaan. Amin 

 Sains : Cuba dan Teroka
PSCK 2021
 
Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
 
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
 
Terima kasih atas sokongan semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains SK Taman Kosas khususnya dan warga SK Taman Kosas amnya. Kepada ibu bapa peserta, jutaan terima kasih kepada anda semua.
 
Barisan guru pembimbing cikgu Rasyedi dan Cikgu Noraini. Terima kasih.

Khamis, 20 Mei 2021

Pertandingan Sains Cilik Kreatif (PSCK) 2021 – Pengumuman Peringkat Akhir

Alhamdulillah. Walaupun pertama kali menyertai pertandingan ini, namun 2 orang wakil dari SK Taman Kosas yang berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir yang melibatkan 105 orang finalis daripada 3500 ++ peserta.
 
Tahniah diucapkan kepada...
1.  Adiq Iqbal bin Adli Zaid @ Abdul Razak (6 Cekal)
Kategori senior (10 – 12 tahun) dan,
 
1. Nafis Noriman bin Norazmi (3 Budiman)
Kategori junior (7 – 9 tahun)
 
Pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada…
29 Mei 2021 (Sabtu) bagi kedua – dua kategori iaitu kategori senior (10 – 12 tahun) dan kategori junior (7 – 9 tahun).
 
Selamat berjaya.
 
Kepada yang tidak berjaya mara ke peringkat seterusya, anda tetap hebat kerana anda berjaya melakukan yang terbaik pada peringkat saringan tempoh hari. Anda merupakan yang terbaik di kalangan yang terbaik.
 
Pasti persediaan yang lebih rapi dibuat bagi penyertaan tahun hadapan 2022. Pengalaman sudah ada. Mari kita.
 
Sains : Cuba dan Teroka
PSCK 2021
 
Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
 
"MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"
 
Terima kasih atas sokongan semua, barisan pentadbir SK Taman Kosas, barisan guru Sains SK Taman Kosas khususnya dan warga SK Taman Kosas amnya. Kepada ibu bapa peserta, jutaan terima kasih kepada anda semua.
 
Barisan guru pembimbing cikgu Rasyedi dan Cikgu Noraini. Terima kasih.

Sabtu, 15 Mei 2021

SKTK - PELAKSANAAN PdPR Versi 2.0 (17-28.5.2021), (14 Jun 2021 – 16 Julai 2021)

Maklumat berkaitan.

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
Pelaksanaan PdPR Versi 2.0 (17-28.5.2021) 


1. Jadual Waktu Murid Sesi Pagi dan Petang.

2. Jadual Waktu Guru Sesi Pagi dan Petang.

3. Link Google Meet Tahun 1- 6.

Perkara 1 – 3 boleh dimuatturun di sini

4. Link Pelaporan PdPR Selangor 2.0. Pelaporan

5. Link Pelaporan PdPR PPD Hulu Langat (kemaskini 14 Jun 2021) Pelaporan PPDHL

6. Link Pelaporan PdPR Sekolah Pelaporan Sekolah

7. Link Pelaporan sPdPR - SISTEM PELAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (SPdPR) sPdPR

"Berkongsi dan Ambil Berat"
SKTK - Sekolah Kita Terajui Kecemerlangan

 Terima kasih.

Jumaat, 14 Mei 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 – Panita Sains, SK Taman Kosas

Panitia Sains, SK Taman Kosas ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
2021M/1442H
 


#kitajagakita #stayathome #lindungdirilindungsemua 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H / 2025M

Salam Aidilfitri daripada kami... Panitia Sains Cemerlang, SK Taman Kosas "MURID TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"