Berlangsung pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025, 11-12 Mac 2024.
6 KONSEP PENGISIAN & AKTVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 :
Minggu pertama sesi persekolahan yang akan dibuka nanti tiada aktiviti pdpc dijalankan. Menteri Pendidikan telah mengingatkan minggu pertama sekolah mesti dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan murid. Pengisian minggu pertama persekolahan juga adalah berkaitan murid dan ibubapa.
6 konsep yang ditekankan adalah :
1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang
- Permainan
- Riadah / Senamrobik / Kecergasan
- Sukaneka / Sukan
2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif
- Aktiviti Projek
- Aktiviti Penyelasaian Masalah
- Aktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah
3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai
- Aktiviti Minda dan Rekacipta
- Aktiviti Pembelajaran Bertema
- Aktiviti Pembelajaran Kendiri
4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti
- Aktiviti Bersama-sama Keluarga
- Aktiviti Kemasyarakatan
5. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti
- Aktiviti Berkumpulan
- Aktiviti Serlah Bakat / Potensi
- Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif
6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi
- Aktiviti Integrasi Perpaduan
- Aktiviti Persembahan Citra Budaya
- Aktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)
Panitia Sains Cemerlang,
SK Taman Kosas
"MURID
TERBILANG, SAINS GEMILANG, PANITIA CEMERLANG"